Saturday, 24 October 2015

Persedian Terakhir Menghadapi Peperiksaan

 https://ubksstmi.files.wordpress.com/2010/09/pesan-guru-nak-exam.jpg
Sudah tidak lama lagi bagi adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan awam untuk membuat persediaan terakhir. Pada ketika ini, tentu hati kamu seakan berdegup laju dan gemuruh menunggu hari-hari yang menentukan masa depan kalian. Percayalah gemuruh itu membawa kebaikan jika ditanganinya dengan sebaiknya.
Ketika kita sudah tidak lagi jauh dari tarikh peperiksaan, apakah persediaan yang penting untuk memastikan kita memasuki dewan peperiksaan dengan tenang dan membawa keyakinan yang tinggi.
Berikut adalah persediaan -persediaan yang penting berdasarkan pengalaman saya sendiri yang melalui berpuluh-puluh peperiksaan dari sekolah rendah hinggalah ke menara gading. Saya fikir, persediaan ini sesuai bagi semua peringkat peperiksaan, termasuk peperiksaan penjawatan pekerjaan juga.

1. Memilih kawan yang sesuai
Di saat ini sangatlah kritikal untuk memiliki kawan yang sesuai dengan persediaan kita menduduki peperiksaan. Kawan yang sesuai adalah kawan yang memahami bahawa kita dalam persediaan menghadapi peperiksaan, maka dia tidak membawa kita kepada kelalaian, membuang masa dan tidak juga mengusik hati kita. Kawan yang baik juga akan membantu kita memberikan keadaan yang selesa dalam pembelajaran dan membantu bila perlu.

2. Mengutamakan nota pendek
Telah kita belajar sekian lama maka tidak punya masa lagi untuk mengulangkaji dengan membaca seluruh buku teks tetapi nota-nota ringkas adalah bantuan terakhir bagi mengingat kembali segala apa yang kita pelajari. Peta minda mudah membantu dalam mengulangkaji ini.

3. Masa untuk meluahkan apa dipelajari.
Ada kalanya kita memahami apa kita pelajari tetapi sukar untuk menyampaikannya kembali dalam bentuk jawapan. Maka dsyorkan bahawa di saat akhir ini adalah penting untuk kita berlatih bercerita dan menulis kembali apa yang kita fahami dan pelari. Cara lain adalah dengan menjawap soalan-soalan tahun-tahun lepas dan soalan contoh agar kita terbiasa dengan mengeluarkan segala ingatan dan fahaman kita. Ingatlah peperiksaan adalah medan untuk meluahkan segala apa kita pelajari.

4. Menjaga Hubungan Dengan Manusia dan Alam
Menjauhkan diri dari melalukan kezaliman terhadap orang lain, haiwan dan alam. Jadilah manusia yang baik mulai dari hari ini. Semoga dengan kebaikan kita lakukan, maka kebaikan juga kita perolehi. Termasuklah kita tidak mencela orang lain terutamanya para guru kita. Hubungan dengan ibu bapa teramat penting untuk dijaga. Perbaikilah hubungan kita sesama manusia dan alam agar kita memperoleh keyakinan yang terbaik kerana manusia yang memiliki rasa salah pada orang lain dan manusia yang tidak disukai oleh orang lain adalah manusia yang sering memiliki keyakinan yang lemah dan low-esteem.

5. Rehat yang Mencukupi
Ada para pelajar yang sangat berusaha hingga ke saat-saat terakhir tanpa menghiraukan kesihatannya. Otak memerlukan tenaga yang cukup untuk berfikir dan mengingati segala memori. Maka, wajar untuk tidak terlalu membebankan badan di hari-hari menghampiri peperiksaan. Dapatkah tidur dan rehat yang cukup. Jika bersedia, hanya ambil satu atau dua jam sahaja pada malam peperiksaan untuk menelaah kembali dan terus rehat. Berehat tidak bermaksud berhibur. Rehat yang cukup juga tidak bererti mengambil pil-pil untuk berjaga dan memberi tenaga. Ini sangat tidak digalakan kerana pil-pil seumpama ini boleh melemahkan keupayaan minda.

6. Mengelak Kecelakaan dan Menjaga Kesihatan
Elak mengambil masa di luar rumah atau di jalanan terlalu lama. Ini dapat mengurangkan risiko mendapat kecelakaan. Berdoa agar Allah memberi kebaikan pada kamu. Makanlah dengan makanan yang seimbang dan sihat. Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah amat penting bagi memberi vitamin yang cukup ke otak. Kismis dan madu adalah amalan kesihatan yang baik. Jika kesihatan terganggu, jangan membuang masa dan terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

7. Memohon Guru Halalkan Ilmu
Melangkahlah ke dewan peperiksaan dengan ilmu yang dihalalkan oleh para guru. Jangan lupa kita juga punya guru iaitu kawan-kawan yang mengajar kita. Mohonlah mereka halalkan ilmu yang mereka ajari kita. Semoga dengan cara ini, kita peroleh doa dari mereka dan keyakinan kita bertambah.

8. Doa & Qiamulail
Jangan tunggu sekolah untuk menganjurkan malam qiamulail dan majlis bacaan yaasin untuk mula berdoa. Malah seharusnya kita sebagai pelajar harus selalu bijak untuk mengatur jadual dan pilihlah malam yang sesuai untuk qiamulail dan berdoa hajat pada Allah. Jangan jemu berdoa kerana Allah sangat gemar hambanya yang berdoa padaNya. Bertaubatlah dengan segala kesalahan yang kita lakukan. InsyaAllah dengan pembersihan jiwa sebegini, kita menjadi seorang yang lebih berkeyakinan.

9. Sedekah
Keluarkanlah sekadar termampu sedekah. Jadikanlah ini amalan dan rancanglah kewangan kamu. Meskipun kamu masih bergantung pada wang pemberian ayah dan ibu, tidak bermaksud kamu tidak boleh bersedekah. Mungkin hanya sebiji gula-gula atau seteguk air, itu sudah mencukupi sekadar sedekah yang termampu terutamanya pada hari peperiksaan. Ini kerana Allah memberi kebaikan kepada mereka yang bersedekah. Semoga salah satu kebaikan itu adalah kemudahan dalam menjawap soalan dan memperoleh kejayaan.

10. Restu Ayah dan Ibu
Terakhir dan terpenting adalah mendapatkan restu ayah dan ibu. Jangan melangkah ke dewan peperiksaan tanpa restu ayah dan ibu. Salam dan ciumlah tangan mereka setiap hari ke dewan peperiksaan. Bagi mereka yang berjauhan, telefonlah kepada ayah dan ibu sebelum hari peperiksaan. Ucapkanlah pada ayah dan ibu “doakan saya, restukan saya.”
Insya-Allah, sama-sama kita doakan kita berjaya dalam peperiksaan dan menjadi umat yang berilmu serta beramal dengan ilmu yang bermanfaat. Semoga pesanan ini bermanfaat.

SELAMAT BERJAYA KEPADA MURID-MURID KU YANG AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN ESOK...CIKGU DOAKAN SEMUA AKAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG...Amin Ya Rabbal Alamin.
Jerebu Apakah Jerebu? Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar. Punca - Punca Jerebu Punca utama jerebu adalah akibat daripada : Pembakaran Secara Terbuka Asap Dari Kilang Asap Dari Kenderaan HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU. Indeks Pencemaran Udara (IPU) IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :- Nilai IPU Status 0 - 50 Baik 51 - 100 Sederhana 101 - 200 Tidak Sihat 201 - 300 Sangat Tidak Sihat 301 - 500 Berbahaya Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan. JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :- Kanak-kanak Orang tua Mereka yang mengalami penyakit • asma • bronkitis • radang paru-paru • penyakit paru-paru yang kronik • jantung • alahan Perokok Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah. Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah: • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk. • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas. • Mata terasa pedih dan berair. • Hidung berair dan kerap bersin. • Kulit badan terasa gatal-gatal. • Terasa sakit dada. Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut. CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:- Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk. Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan. Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi. Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah. Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih. Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari) Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut. Untuk bacaan Indeks Pencemaran Udara / Air Pollution Index (API), sila layari www.doe.gov.my/apims

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Jerebu Melanda lagi....

PEDIH mata, tekak kering, dan hidung terasa ketat, pernahkah anda mengalami gejala-gejala tersebut sejak belakangan ini?
Sekirnya anda merasai salah satu situasi di atas, bersegeralah mengambil langkah kanan kerana anda mungkin merupakan mangsa kepada pencemaran udara iaitu jerebu.
Sepertimana yang dikatakan, keadaan cuaca yang agak ‘kasar’ pada ketika ini seakan dipandang sebelah mata sahaja, di mana isu alam sekitar biasanya jarang dilihat sebagai isu utama masyarakat.
jerebu_540_360_100
Mengapa kami mengatakan demikian adalah mudah, ini kerana manusia akan mula bersuara apabila kesan besarnya mula dirasaikan sendiri oleh mereka.
Paling tidak kejadian jerebu elok diambil sebagai saat boleh didik (teachable moment), peluang belajar tentang persoalan berkaitan jerebu ini adalah lebih tinggi ketika ia sedang berlaku kerana orang ramai sedang berdepan dengannya dan mempunyai persoalan tentangnya.
Secara umumnya tidak ramai yang tahu tentang Indeks Pencemaran Udara (IPU), kecuali yang pernah melalui pengalaman jerebu sebelum ini. Lebih sedikit daripada itu yang tahu apakah jenis pencemar yang terkandung di dalamnya.
Tidak apa, sekurang-kurangnya indeks tersebut sudah biasa didengar meskipun tidak ramai yang akan menghafal bacaan indeks dan status yang diwakilinya.
Ketika musim jerebu yang teruk pada tahun 1997 dan 2006, kritikan utama kepada kerajaan ialah kesukaran mendapat maklumat.
Sudah tentu perkara ini penting kerana ia melibatkan hal kesihatan yang boleh bertukar menjadi serius dalam tempoh singkat.
Kerajaan seharusnya mengambil langkah yang lebih tangkas dan bijak di dalam menyebarkan maklumat-maklumat berkaitan isu kesihatan ini.
Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan, langkah-langkah awal haruslah disediakan kerana Malaysia bukan lagi merupakan negara yang pertama kali dilanda isu jerebu.
Berbalik kepada isu jerebu yang melanda negara di saat ini, maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) mendedahkan kejadian jerebu pada ketika ini adalah berpunca daripada aktiviti pembersihan hutan di ladang Sumatera, Indonesia.
Monsun barat daya yang bermula akhir Mei lalu hingga September ini bakal memberikan kadar kualiti udara yang tidak sihat kepada negara.
Manakala menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata, terdapat banyak titik panas telah dikesan di Indonesia iaitu enam titik panas di Kalimantan dan 84 di Sumatera.
Perkara ini membuatkan negara mengalami kadar IPU tidak menentu di beberapa kawasan utama dan di Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi setakat ini iaitu telah mencecah 128.
Buat pengetahuan anda, kejadian jerebu yang paling teruk pernah dialami negara adalah pada tahun 1997 di mana Sarawak mengisytiharkan darurat buat pertama kali dalam sejarah.
jerebus2
Jerebu pada tahun 1997.
Pada ketika itu, bacaan IPU mencecah kepada 625 iaitu jauh lebih tinggi daripada paras berbahaya antara 301 dan 500.
Dikuti dengan kejadian jerebu yang melanda negara pada tahun pada 2013, di mana pada tahun tersebut kerajaan telah mengarahkan kebanyakkan sekolah ditutup, aktiviti perkapalan ditunda dan mask penutup muka dibekalkan secara percuma.
Jadi kepada siapa hendak ditundingkan jari berkenaan hal jerebu yang sudah tiga kali merobek kebahagiaan atmosfera negara kita?
Sudah semestinya adalah jiran serumpun kita, iaitu Indonesia.
Dalam tahun 1990-an, kerajaan Indonesia seakan membenarkan kegiatan membakar untuk membersihkan tanah di Sumatera dan Kalimantan.
Gambar satelit yang diambil pada 4 Oktober menunjukkan 561 “kawasan panas” yang menunjukkan kawasan yang dibakar di Borneo.
300px-Borneo_fires_October_2006
Sumber: Wikipedia
0905-logging-concessions
Sumber: Mongabay.com
Dikatakan, para pegawai di negara jiran sering mengadu bahawa kerajaan Indonesia tidak melakukan apa-apa untuk memberhentikan pembakaran ini.
Sebagai balasan, pegawai Kementerian Perhutanan menyatakan bahawa anggota bomba dan pesawat tentera telah dikerahkan untuk memadamkan kebakaran di tanah kerajaan, namun mereka mengaku bahawa kebanyakan pembakaran berlaku di tanah milik persendirian.
Media Indonesia pula sering menyalahkan syarikat perladangan dari Malaysia yang melakukan pembakaran hutan di Sumatera, antaranya ialah Guthrie dan Tabung Haji.
Kerajaan Malaysia pula meminta Indonesia segera mendakwa mana-mana syarikat perladangan yang melakukan pembakaran terbuka di sana.
Padahal sudah terang-terang gambar ‘torehan bumi’ yang diperolehi daripada setelit menunjukkan punca sebenar jerebu yang mengakibatkan kerugian berjuta-juta ini adalah daripada Indonesia.
Mungkin ini adalah pada tanggapan kami yang tidak begitu arif di dalam soal ‘politik’, tetapi berkenaan isu kebakaran hutan di Indonesia, beberapa persoalan lazim timbul sejajar dengan kepentingan kebabasan maklumat.
Persoalan kami ialah apabila pertikaian mengenai kelulusan pembakaran hutan timbul, tidak semua tahu siapa sebenarnya terlibat, kecuali beberapa nama syarikat yang didedahkan oleh pihak berkuasa di Indonesia. Yang menariknya, ada syarikat yang tampil menafikannya.
Kita juga tahu bahawa pendedahan yang dibuat tidak menyeluruh, sekadar beberapa jawapan bersifat politik yang seakan memindahkan kesalahan kepada pihak lain.
Ini menimbulkan pertanyaan lanjut tentang aspek penguatkuasaan yang ada di negara jiran.
Fakta bahawa Indonesia merupakan negara tunggal ASEAN (yang awal) belum menandatangani Perjanjian Pencemaran Udara Rentas-sempadan (ATHP) membuka ruang spekulasi bahawa kebakaran hutan di negara itu seperti disengajakan, atau sekurang-kurangnya tidak diberi kawalan yang sewajarnya.
Saranan kami adalah negara-negara ASEAN seharusnya melakukan rundingan muktamat bagi menangani isu yang telah bermula sejak dari 1990-an lagi.
Tertamanya Malaysia, kita seharusnya mendesak Indonesia untuk segera meratifikasi Perjanjian ATHP yan sepatutnya telah dimeterai pada tahun 2003.
Kini, masalah yang timbul adalah sama ada tindakan undang-undang patut diambil terhadap Indonesia yang dilihat sengaja tidak menandatangi pejanjian tersebut.
Mengikut undang-undang domestik, seorang pemilik rumah yang memulakan kebakaran secara sengaja atau tidak sengaja, bertanggungjawab bagi sebarang kerugian atau kemusnahan yang dialami jiran-jirannya, dengan itu doktrin serupa telah dirumuskan dalam undang-undang antarabangsa tersebut.
Prinsip asas undang-undang alam sekitar antarabangsa ini adalah peranan utama perjanjian ATHP di mana sesebuah negara tidak sepatutnya mengundang bahaya merentas sempadan.
Maka Indonesia boleh dihadapkan ke mahkamah antarabangsa dan ini mungkin alasan yang bermain di fikiran Indonesia agar tidak mentandatangi perjanjian terbabit.
Jika sebuah negara gagal mematuhi Perjanjian Asean, ia boleh dianggap telah melanggar ketetapan antarabangsa dan hukuman perlu selari dengan asas perjanjian itu. – MYNEWSHUB.CC
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...