Thursday 8 December 2011

Pengenalan Konsep Tambah

      Kejayaan atau kegagalan diperingkat awal menyelesaikan masalah penambahan memainkan peranan penting dalam menentukan sikap pelajar terhadap matematik pada tahun-tahun selanjutnya dalam alam persekolahan. Penekanan kefahaman konsep dalam matematik dan bagaimana aktiviti yang pelbagai bentuk dapat mempermudahkan proses itu akan membantu pelajar untuk mengaplikasikan idea-idea matematik spesifik kepada situasi yang pelbagai.
Sebelum murid mula diperkenalkan dengan operasi tambah,
mereka sepatutnya telah boleh:
ü  membilang hingga 10
ü  menyusun kumpulan benda-benda sehingga 10
ü  membaca dan menulis angka hingga 1-10
ü  memadankan angka daripada 1-10 dengan perkataan nombor
ü  mengenal simbol “0” dan perkataan  “sifar” dan faham apa maknanya.
ü  memahami konsep keabadian nombor

1. KONSEP PENAMBAHAN
Penambahan ialah operasi yang mencantumkan dua nombor untuk
menghasilkan nombor ketiga yang dinamakan jumlah atau hasil
tambah



Dua model lazim digunakan untuk menghuraikan
Penambahan
ü  Model Penyatuan Set
ü  Model Penyukatan ( Garis Nombor ) 



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...