Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada Kerajaan Malaysia yang saya cintai melalui Kementerian Pelajaran Malaysia kerana ruang dan peluang untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Saya penuh rasa bangga dan syukur dapat hidup di bumi bertuah ini. Setinggi penghargaan juga kepada Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) kerana memberikan saya tempat untuk menimba ilmu di universiti yang bersejarah ini. Ucapan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang tidak putus-putus mendoakan dan memberikan sokongan kepada saya terutamanya ibubapa, isteri, anak-anak dan keluarga saya. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman blog saya ini.
Semoga laman blog ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.
Oleh yang demikian, saya sangat berharap blog dapat memberikan ilmu dan kemahiran baru kepada pelajar dan guru. Semoga barisan pelajar dan guru akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan di sekolah masing-masing ke mercu yang lebih gemilang. Harapan saya blog ini memberikan satu sisi berbeza dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran matematik terutamanya Matematik sekolah rendah.
Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.
Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman blog ini. Mudah-mudahan Laman Blog “Matematik itu Mudah” dapat dikembangkan dengan pelbagai aspek berbeza dan dimajukan dengan adanya idea daripada kalian. Sekian TERIMA KASIH.