Thursday 15 December 2011

Mudahnya menggunakan Abakus



sumber diambil dari slideshare:
Pengenalan ( Abakus )
by sealih on Nov 26, 2011

Layari Laman Web TUTOR


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Cuti akhir tahun 2011 pasti adik-adik masih mempunyai masa untuk menelaah pelajaran daripada membuang masa begitu sahaja. Ruang masa yang ada ini perlu digunakan sebaiknya bagi meningkatkan ilmu adik-adik bagi menghadapi sesi persekolahan pada tahun hadapan. Disini Cikgu FaNn mencadangkan adik-adik atau guru-guru untuk melayari laman web Tutor yang sememangnya bagus untuk mengulangkaji pelajaran, mengetahui informasi terbaru mengenai pelajaran dan mengetahui aktiviti terbaru yang dianjurkan oleh kementerian pelajaran ataupun sekolah-sekolah yang ada di Malaysia.

Sila klik dibawah untuk melayari laman web Tutor.
www.tutor.com.my

Sunday 11 December 2011

Filem Digital Pendidikan "KASUT"


Inilah salah satu hasil kerjaku yang cukup memberikan sejuta kegembiraan dan kebanggaan pada diriku dan anak muridku. Filem pendek ini hasil kerjasama guru dan murid. Filem 'KASUT' telah memenangi beberapa Anugerah dalam "FESTIVAL FILEM DIGITAL PENDIDIKAN NEGERI SABAH" 2010. Antara anugerah yang dirangkul adalah:


1. Naib Johan Filem Terbaik FFDPNS
2. Anugerah Jalan Cerita Terbaik
3. Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik


Untuk menonton Filem Digital Pendidikan 'KASUT', sila klik disini.

Galeri Pengajaran Cikgu FaNn



Inilah tugas Guru@Pendidik

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
Saya bangga sebagai seorang pendidik.

Lagu KSSR Tahun 1


Mari Mengira




Sumber di ambil dari www.youtube.com
Uploaded by on Jul 18, 2011

Mikro Pengajaran


Friday 9 December 2011

Bahan Bantu Belajar Asas Operasi Dalam Matematik


Assalamualaikum,
Bagi memudahkan adik-adik mengenal lagi asas operasi dalam matematik, disini Cikgu FaNn sediakan bahan yang boleh adik-adik gunakan bagi menguatkan daya pemikiran. Selamat Belajar!!

Permainan Matematik


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada guru dan murid-murid,


Cikgu FaNn harap cuti semester yang panjang ini dapat dimanfaat oleh murid-murid untuk memikirkan aktiviti yang berfaedah. Jangan kita menggunakan masa yang panjang dengan hanya bermain tanpa mengerakkan otak kita. Betul tak?Ada banyak permainan secara online yang boleh dimainkan oleh murid-murid.Jadi di sini Cikgu FaNn memberikan permainan matematik yang boleh murid-murid terokai. Permainan yang mudah ini dapat mengukuhkan kemahiran asas matematik adik-adik. Selamat mencuba. Klik link untuk ke laman web.

Tambah dalam Lingkungan 100

Mengenal konsep Asas Tambah



konsep Asas Tambah

Thursday 8 December 2011

Model Penyukatan (Garis Nombor)

Model Penyatuan Set

Pengenalan Konsep Tambah

      Kejayaan atau kegagalan diperingkat awal menyelesaikan masalah penambahan memainkan peranan penting dalam menentukan sikap pelajar terhadap matematik pada tahun-tahun selanjutnya dalam alam persekolahan. Penekanan kefahaman konsep dalam matematik dan bagaimana aktiviti yang pelbagai bentuk dapat mempermudahkan proses itu akan membantu pelajar untuk mengaplikasikan idea-idea matematik spesifik kepada situasi yang pelbagai.
Sebelum murid mula diperkenalkan dengan operasi tambah,
mereka sepatutnya telah boleh:
ü  membilang hingga 10
ü  menyusun kumpulan benda-benda sehingga 10
ü  membaca dan menulis angka hingga 1-10
ü  memadankan angka daripada 1-10 dengan perkataan nombor
ü  mengenal simbol “0” dan perkataan  “sifar” dan faham apa maknanya.
ü  memahami konsep keabadian nombor

1. KONSEP PENAMBAHAN
Penambahan ialah operasi yang mencantumkan dua nombor untuk
menghasilkan nombor ketiga yang dinamakan jumlah atau hasil
tambah



Dua model lazim digunakan untuk menghuraikan
Penambahan
ü  Model Penyatuan Set
ü  Model Penyukatan ( Garis Nombor ) 



Wednesday 7 December 2011

Pembuka Kata Dari Cikgu FaNn


Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada Kerajaan Malaysia yang saya cintai melalui Kementerian Pelajaran Malaysia kerana ruang dan peluang untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Saya penuh rasa bangga dan syukur dapat hidup di bumi bertuah ini. Setinggi penghargaan juga kepada Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) kerana memberikan saya tempat untuk menimba ilmu di universiti yang bersejarah ini. Ucapan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang tidak putus-putus mendoakan dan memberikan sokongan kepada saya terutamanya ibubapa, isteri, anak-anak dan keluarga saya. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman blog saya ini.

Semoga laman blog ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap blog dapat memberikan ilmu dan kemahiran baru kepada pelajar dan guru. Semoga barisan pelajar dan guru akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan di sekolah masing-masing ke mercu yang lebih gemilang. Harapan saya blog ini memberikan satu sisi berbeza dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran matematik terutamanya Matematik sekolah rendah.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman blog ini. Mudah-mudahan Laman Blog “Matematik itu Mudah” dapat dikembangkan dengan pelbagai aspek berbeza dan dimajukan dengan adanya idea daripada kalian. Sekian TERIMA KASIH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...